Posts

"LIFE STORY"

Image
       Nama saya Nurfahmida Binti Mazlan, nama yang cukup indah diberikan oleh pakcik saya yang membawa erti “Cahaya Bijak Pandai”. Saya dilahirkan pada tanggal 30 Julai 2001 iaitu pada jam 10:20 malam di Hospital Besar Tawau. Saya merupakan anak yang keempat daripada lima orang adik beradik. Ayah saya bernama Mazlan dan ibu saya bernama Sahana. Namun, ayah saya telah meninggal dunia sewaktu berusia 47 tahun iaitu pada tahun 2013 dimana waktu itu saya baru berusia 12 tahun.              Dari segi fizikal, saya lebih banyak mewarisi genetik ayah saya seperti mempunyai mata yang kecil dan telinga yang sedikit capang. Saya mula berjalan dan bercakap dengan lancar seawal usia setahun lagi dan semasa kecil saya seorang yang pelat kerana susah untuk menyebut huruf “R” sehingga sering dikutuk oleh rakan-rakan saya yang lain. Namun ianya tidak begitu lama kerana saya sudah mampu menyebut huruf “R” pada usia 10 tah...